Monday, June 22, 2009

Nasihat untuk diri...

Kamu majlis orang soleh tidak boleh hadir. Majlis orang ‘tholeh’ (fasik) kamu boleh duduk-hadir.

Mana ada kebaikan di dalam kekufuran

Orang bakhil musuh Allah, walaupun dia ahli ibadah. (Maksud hadis) Kamu jangan sempitkan istilah bakhil-kedekut hanya tertentu kepada harta sahaja.
• Bakhil masa- Tidak ada masa duduk halqah zikir dan membuat kebajikan. Pergi tempat lalai ada masa!
• Bakhil tangan- Tidak di gunakan untuk khidmat di jalan Allah. Untuk nafsu boleh pula!
• Bakhil mulut- Tidak digunakan untuk berzikir, berselawat, istighfar, membaca quran, membaca hadis dan bercakap perkara berfaedah. Untuk bercakap kosong dan perkara yang Allah tidak ridho boleh(mengumpat, memfitnah, melaga-lagakan orang dan lain-lain lagi) pula!
• Bakhil mata- Tidak digunakan untuk membaca Al-Quran, hadis, baca kitab dan memandang kebesaran Allah. Tengok benda maksiat boleh pula!
• Bakhil kaki- Untuk berjalan ke majlis orang soleh dan berkhidmat kerana Allah tidak boleh. Berjalan ke tempat-tempat yang Allah benci boleh pula!
• Bakhil pemikiran- Tidak digunakan untuk memikirkan kebesaran Allah dan mencari jalan keredhaan Allah. Hanya digunakan memikir untuk memuaskan “HAWA NAFSU”.
• Bakhil perut - Tidak digunakan perutnya untuk berlapar.


Hiduplah sebagaimana Musa a.s, Asiah (isteri firaun) dan Masyitah yang hidup di dalam istana firaun.

Orang yang mengaku Islam tetapi tidak buat amalan orang Islam. Dia buat perkara yang Allah larang minum arak, berzina, berjudi, dan macam-macam perkara mungkar yang ia buat. Teruknya manusia jenis ini. Kalau kita tanyakan kepada orang Hindu, “Ini orang awak ke?” Hindu pun tidak mahu mengaku dia Hindu! Tanya Majusi dan Budha, mereka pun tidak mengaku orang ini orang mereka. Tanya Yahudi dan Nasrani, mereka pun tidak mengaku orang ini orang mereka. Habis itu kamu hendak kata dia orang Islam!

Hendak makan buah tembikai, tetapi tidak tanam buah tembikai atau tidak beli buah tembikai bagaimana pula hendak makan buah tembikai. Tidak ikut susunan Allah. Kamu hendak berjaya tapi tidak ikut orang yang berjaya. Imam Syafie (r.a.) pernah berkata. Kamu harap-harap hendak berjaya tetapi kamu tidak ikut saluran-salurannya. Sesungguhnya kapal itu tidak akan belayar di atas darat.

Tengok televisyen berjam-jam boleh. Tidak lenguh. Duduk berzikir ½ jam tidak boleh. Tidak larat!

Batu permata yang tersimpan di dalam bukit pun kalau tidak di korek dan tidak di gali, tetap tersimpanlah di dalam bukit sebagai batu permata selama-lamanya. Kalau manusia tidak korek dan prosesnya, maka manusia tidak akan dapat manfaat darinya. Begitu juga dengan kayu balak yang banyak terdapat di dalam hutan. Kayu jati
atau kayu meranti pun, kalau tidak di tebang dan diproses, tidak boleh di buat kerusi, almari, perabot, rumah dan lain-lain dan akhirnya kayu balak tersebut reput dan mati dan tidak mendatangkan hasil.

Bila ada iman, kamu akan bersatu dengan orang-orang Allah. Bila tidak ada iman kamu akan memusuhi orang-orang islam.

Mati hidup balik dan sampai hari kiamat pun Yahudi, Nasrani, Majusi dan Wasani (penyembah berhala) tidak akan redho dengan orang Islam; sehinggalah orang-orang Islam tinggalkan Allah dan Rasul-Nya.

Kucing kalau sakit dia tidak menyusahkan tuannya. Manusia kalau sakit dia akan menyusahkan orang lain.

Saiyidina Bilal menyebut Ahad! Ahad! Sebelum surah Al-Ikhlas di turunkan lagi

Kalau orang kata kepada kamu, jahat. Kamu jangan marah. Kalau kamu marah, maknanya kamu memang jahat.

Contohnya besi dan logam atau pun air boleh mengalirkan elektrik, kerana di dalamnya ada unsur yang boleh elektrik mengalir. Mengapa kayu, tembikar, dan tanah tidak boleh mengalirkan elektrik? Kerana di dalamnya tidak terdapat unsur-unsur yang boleh mengalirkan elektrik.

Ketika Allah menjemput hamba-hambaNya menghadap Dia, kamu tidak boleh hadir (melewatkan waktu sembahyang). Tetapi bila kamu hendak jumpa bos kamu, buat perkara yang bersesuaian dengan nafsu, boleh pula tepat pada waktunya.

Ada tiga “Ta” yang punca manusia berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan akhirnya mereka masuk ke dalam Neraka:-


•Wanita
•Takhta
•Harta


Kisah Yakinnya Abdul Mutalib. Semasa Abrahah hendak menyerang Kaabah. Dia merampas binatang ternakan penduduk Mekah. Kemudian dia memanggil Abdul Mutalib supaya berjumpa dengannya. Abrahah memberitahu dia mahu meruntuhkan Kaabah. Apa yang Abdul Mutalib hendak buat? Abdul Mutalib menjawab dia hanyalah tuan punya unta.
Adapun Kaabah itu rumah Allah. Dia hanya mahu binatang ternakan yang di curi oleh Abrahah dikembalikan semula. Adapun Kaabah kami serahkan kepada TuanNya (Allah) untuk menjaganya. Akhirnya Allah musnahkan Abrahah dan tenteranya. Di hari ini kalau orang Islam ada keyakinan dan penyerahan kepada Allah seperti Abdul Mutalib. Sudah cukup bagi mereka mendapat bantuan dari Allah. Masa itu, Rasulullah baru hendak lahir dan Al-Quran pun belum diwahyukan lagi.

Orang yang melihat orang lain mengamalkan sunnah seperti melihat bangkai. Sebenarnya, merekalah bangkai.

No comments: