Sunday, June 21, 2009

Penyegar Jiwa

Kalau tak senang dengan sesuatu - DIAM!

Kerja dunia boleh tangguh-tangguh, kerja akhirat tak boleh tangguh-tangguh

Kalau kita kasih orang yang Tuhan benci, itu satu penyelewengan

Orang yang sebenar cinta Allah S.W.T. tidak takut menghadapi cabaran hidup dunia.

Hidup atas dunia tak mahu ikut nabi, aulia atau orang soleh. Bila mati nak duduk sekali dengan orang soleh ini cerita kartun.

Waktu hidup ikut Firaun, Qarun dan Haman. Bila mati nak masuk Syurga, dengan nabi Musa a.s. dan Harun a.s. Logik tak?

Cara cuci hati. Banyakkan baca Al-Quran, ingat mati dan hadir majlis zikir. Bila hati suci, barulah ada tauhid.

Berjayanya seseorang itu sebanyak mana tumpuan yang dibuat. Banyak tumpuannya, banyaklah kejayaannya, kurang tumpuannya, maka kuranglah kejayaannya.

Nasihat hanya boleh diberi sebelum nyawa di halqum (garghorah). Selepas garghorah tidak ada gunanya lagi.

Kamu jangan jadi seperti kerengga, dia duduk di pokok buah-buahan tetapi tak makan buah, bila ada manusia nak ambil buah dia pun kacau (marah).

Kita tidak menentang sains dan teknologi kerana ia adalah rahmat Allah S.W.T. tetapi kita menentang kekufuran dan kesyirikan di dalam sains dan teknologi

Kamu boleh paksa anak kamu untuk dunia, tak cukup dengan sekolah pergi tusyen lagi. Tapi kenapa dengan zikir kamu tak boleh buat?

Punca-punca kehancuran umat Islam hari ini tidak ada lain iaitu ananiah ikut nafsu.

Bukan orang lain dan unsur-unsur lain merosakkan kamu tetapi nafsu kamulah yang merosakkkan kamu sendiri.

Kalau beramal nak dunia, nak hebat, nak kebal dan bermacam-macam lagi samalah dengan Iblis. Iblis berdoa (meminta kebolehan atau kehebatan) kepada Allah nak menyesatkan manusia.

Serban putih dan jubah putih senang di beli, yang tiada dijual perut yang bersih walaupun hendak di beli dari wali Allah bahkan dari Rasulullah kerana taufiq dan hidayah di tangan Allah.

Kamu, kereta boleh beli tetapi jam loceng untuk mengejut waktu tahajud tak boleh beli.

Bila (iman) kita lemah, maka orang-orang yang lebih lemah daripada kita akan mengambil kesempatan daripada kelemahan kita. Jalan penyelesaiannya, dengan kita memperbaikki diri kita.

Maafkan segala kesalahan orang-orang yang membuat kesalahan dengan kita walaupun mereka tidak memohon maaf.

Kalaulah binatang buas boleh di latih sebagaimana harimau, gajah dan beruk sarkes dilatih untuk membuat pertunjukkan (boleh dijinakkan), apatah lagi manusia kerana Allah berfirman “Walhal mereka seindah-indah makhluk Allah” (Surah Tin Ayat 4).

Kamu tentang makan, kamu pandai. Untuk menyedapkan sesuatu makanan berbagai ramuan digunakan, tetapi kenapa untuk mendapat kemanisan di dalam ibadah – kamu tak pandai?

Bilal bin Rabbah r.a seorang hamba abdi. Orang yang dipandang hina oleh masyarakat tetapi berhubung dengan keimanan dan tauhid, dia seorang yang mulia dan cerdik. Beliau tidak tunduk kepada kekufuran dan kesyirikkan walaupun jasadnya disiksa. Di hari ini, kita ada ramai golongan cerdik pandai, ada pensyarah, ada jurutera, ada doktor, ada ulama; tetapi berhubung dengan keimanan dan tauhid, kita jauh ke belakang dan lebih bodoh daripada Bilal r.a.

Kalau kereta rosak ada tukang yang akan baikinya. Kalau orang rosak siapa yang nak baiki?

Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila bebas daripada belenggu hawa nafsu.

perkara yang kita tak tahu tidak semestinya perkara tersebut tak betul.

Bila buat sesuatu ikut hawa nafsu maka akan timbullah penyesalan yang berpanjangan.

Bacalah diri sendiri (tengok keburukan sendiri). Jangan baca (tengok) keburukan orang lain.

Bereskan kekufuran dan kesyirikan di dalam diri kita dulu. Janganlah bersibuk dengan kekufuran dan kesyirikan di luar kita.

Buang atau cukur janggut, simpan misai. Macam Hindu - ikut Hindu. Rasulullah S.A.W. suruh panjangkan janggut, andamkan misai.

Semua nabi-nabi dan Rasul-Rasul a`laihimussalatu wassalam dibangkitkan oleh Allah S.W.T. untuk menguatkan iman dan takwa dahulu. Bila iman dan takwa dah kuat, barulah perkara-perkara lain akan ikut kuat. Ini tidak, nak kuat ekonomilah, kuatkan itulah, inilah. Nabi Adam a.s. mula-mula di turunkan ke bumi ini apa yang dibuat dulu? Baginda menangis takutkan Allah S.W.T. selama 40 tahun. Adakah beliau buat benda lain dulu?

Orang yang baik merasa dirinya jahat!

Orang yang jahat merasa dirinya baik!

Dalam bala ada nikmat. Dalam nikmat ada bala. Sebab itulah semua kekasih Allah di dalam penderitaan.

Bala ada 4 jenis:-
• Sirajun-lil-ariffin
a. Penerang bagi orang arifbillah.
• Yaqozatun-lil-muridin
a. Penyedar bagi orang yang hendak mengenal Allah.
• Islahun-lil-mukminin
a. Membaikkan orang yang beriman.
• Halaqun-lil-ghafilin
a. Membinasakan orang yang lalai pada Allah S.W.T.

Cara pembersihan (jiwa) dengan cara bersedikit-sedikit (ikut kemampuan) iaitu dengan selawat, istighfar dan zikir. Membaca surah Alam Nasyroh jikalau datang perasaan jemu dan membaca surah Qulhuallah hu Ahad jikalau berasa celaru dan serabut.

Apa dia iman? Iman ialah tumpuan yang penuh kepada Allah.

Apa dia Iman? Iman ialah membuat perkara yang Allah perintah, dan meninggalkan segala tegahannya tanpa fikir bicara.

..bersambung

No comments: