Wednesday, December 16, 2009

GST 4%

Tahniah penyokong BN kerana anda telah memilih untuk dikenakan cukai GST 4%.. selamat membayar 4% untuk segala servis dan barang runcit.. tahniah..

SPM 2009

Baru jer abes jaga pereksa SPM tadi, leganya... spm tahun ni berakhir agak lewat skit.. yelah dekat sebulan.. bermula dari 16/11/09 hingga 16/12/09.. huu letih.. aku pun tak tau napa lembaga wat sampai sebulan.. mungkin sebab bulan ni byk cuti hari jumaat kut.. ntah ar.. tahun ni 3 tahun berturut2 aku jager.. tahun ni aku jaga kat SMK Batu Laut.. jarak dari rumah aku di sijangkang ke SMK Batu laut adalah 49km.. dan masa nak sampai ambil masa lebih kurang sejam la.. jalan menghala ke Batu Laut ni tak byk stressnya.. line clear jer.. cuma traffic light kat banting jer macam hampeh.. berapa punya byk traffic light daa.. kekadang gi jaga peksa bawak motor.. kadang bawak keter.. kadang tumpang mat yus.. (bini dia jaga peksa kat batu laut jugak).. kelebihan bawa motor adalah ia lebih pantas dan jimat.. kekurangannya ialah skang musim hujan.. jadi kebarangkalian nak kena ujan tu mmg tak dpt dinafikanlah.. dan nasib aku baik.. semua masa balik je kena ujan.. huhu.. lama tak bawa motor pagi pagi buta.. yela kalau kene jadi guru pengiring konfirm kene kuar awal sekurang2nya kul 6 dari rumah wo.. sejuk tak usah cakap.. dgn jalan gelap dan kualiti jalan raya kat mesia ni yang berlubang dan beralun alun macam ombak pantai morib.. hehehe mmg risiko weh.. tu belumlori park kat tepi jalan.. tapi, apanak buat itu la risiko bagi aku yang perlu dihadapi bagi seorang rider.. hehe. tawakal dan niat kerja kerana Allah.. insyaAllah selamat.. hmm batu laut.. ngkorang pernah pegi tak? kalau tak pernah bawak bawak la jenjalan skit.. ekplore skit selangor ni.. jangan nama ajer dok selangor tapi batu laut pun tak pernah pegi.. ok jalan nak ke batu laut ni senang.. kalau dari banting nak lalu morib pun bole nak lalu shortcut kg tali air pun boleh.. cuma kalau lalu shortcut ni dia byk bonggol.. jadi kalau keter baru wat allignment tu kalau syg keter tak pyh la.. aku GHASER bonggol dia ada sebelas ke dua belas sepanjang shortcut tu.. dari tali air belok kiri.. terus jer.. view pagi memang menarik.. dgn kabus paginyer.. dgn angin laut menderu campur bunyi ombak lagi.. mmg agak ketenangan sket.. keta pun kurang.. dan sebenarnya kalau nak gi PD lalu sini lagi feel. view dia menarik.. dan relaks.. tapi bila ngkorang lalu kaw. lepas kg batu.. haa sini fail skit.. haa ada dua tiga kawasan penternakan khinzir.. kuikuikui.. pagi kurang bau tapi kalau tgh hari huu.. fail.. org kat situ dah imun kut dgn bau tu.. aku jer yg takleh tahan.. dan bila aku lalu satu jambatan ni.. aku tgk air dari ladang ternak khinzz tu mengalir ke laut.. fuh.. FAILLL.. mmg aku lepas ni takkan bagi bini aku ke anak aku ke mandi kat morib kekekeke.. FAIL siut.. air babi semata.. isk isk..

Tuesday, December 8, 2009

UMNO duk ngutuk cina

UMNO duk ngutuk cina, tapi sepanjang depa memerintah, apa yang tidak disentuh oleh orang cina?

mari kita bagi contoh mudah.. air kosong..
eh naper pulak air kosong ada unsur cina?
tapi dari segelas air kosong tu, sapa yang membekalkan klorin?
siapa yang membekalkan paip paip perhubungan bagi menyalurkan air ke rumah2?
semuanya cina.. SYABAS beli paip dari pembekal/sykt cina, SyABAS juga beli klorin dari tokey cina..jadi yg untung tetap cina..
maner orang melayu? apa UMNO buat dalam 50 tahun memerintah?
kalau dah tahu melayu dlm keadaan tertekan kenapa perlu ditekan orang melayu kelantan, orang melayu kedah hanya kerana mereka pilih PAS? kenapa nak dengki sesangat?

Sunday, December 6, 2009

Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya


Baru baru ni heboh isu doa TGNA..
Berbagai pihak di alam maya membincangkannya, kecoh dan gegak gempita seluruh negara,
dari meja kedai kopi bwh pohon ceri hingga ke coffee house di hotel besar ramai yang membincangkannya, tak sangka mereka begitu berminat pada doa Nik Aziz.. persoalannya disini, mengapa perlu dihebohkan sebegitu rupa? biarlah NIk Aziz berdoa kalau dia mahu sampai berbuih mulut sekalipun biarlah orang tua tu berdoa.. KALAU anda tiada salah.. mengapa perlu bimbang? doa tersebut hanyalah untuk orang yang menzalimi rakyat kelantan.. kalau anda berasa tidak zalim pada mereka mengapa perlu kecoh? seperti kisah yg sering berlaku di sekolah misalnya, seorang guru kehilangan duit di sekolah.. dan selalunya suspek adalah murid, tetapi bukanlah mudah untuk menjejak suspek kerana ramainya murid kan? jadi guru akan buat announcement "siapa yang ambil sila pulangkan.. kalau tidak kita baca yassin ramai ramai.. siapa yang ambil akan kembung perut (misalnya)".. hanya mereka yang terlibat dlm kecurian tersebut akan kecut perut.. manakala yang tak terlibat mereka tak takut pun samada nak minum air yassin dan sebagainya kerena mereka tahu mereka tak buat kan??.. jadi disini siapa yang makan cili?? Lu pikirlasendiri.. kalau benar Kelantan tiada hak royalti minyak mengapa bekas pengerusi Petronas , tengku Razaleigh Hamzah sendiri mendedahkan adanya perjanjian tersebut dgn dikhaskan royalti 5% setahun kepada kelantan? sebenarnya Kelantan telah lama di khianati oleh BN.. mereka telah dinafikan hak bertahun tahun.. dan apa kejadahnya najib nak beri wang ehsan kalau Kelantan tidak berhak? "Wang Ehsan" adalah salah satu cara UMNO untuk rasuah secara big scale sebenarnya contoh nya adlaah Terengganu. Seperti yang kita tahu Terengganu dulu diberikan royalti tiap tiap tahun oleh Petronas tetapi apabila Terengganu jatuh ketangan PAS pada PRU tahun 1999, UMNO dengan jahatnya telah menghentikanpembayaran wang royalti minyak, dan menukarkannya dengan wang ehsan yang maknanya duit minyak tersebut di berikan kepada agen2 UMNO (Ketua cawangan, bahagian, JKKKP) untuk diagih agihkan kepada rakyat terengganu. Persoalannya disini mengapa perlu agen UMNO untuk mengagihkan wang ehsan? wang ehsan tersebut bukannya datang dari poket parti UMNO.. Ia memang hak rakyat terengganu.. jadi apabila Kelantan mahu di"Terengganu" kan sudah tentulah TGNA bertindak, dan kepada siapakah hamba Allah hendak mengadu? selain dari kepada tuhannya iaitu ALLAH SWT. Apabila beliau mahu berdoa maka berdedai dedai.. kutukan diterima, padahal doa adalah senjata bagi orang beriman.. doa keburukan tiada? benarkah bergitu? mengapa pula kita berdoa untuk mengutuk israel? Dan TPM pula mengatakan PAS perguna agama untuk politik.. dah tentulah PAS gunakan Agama , kerana parti PAS bertunjangkan agama islam dan Alquran.. agama bukannya hanya terhad kepada nikah kahwin, dan menguruskan mayat shj.. ia mencakupi segala hal ehwal manusia seluruhnya.. termasuklah politik.. muammalat dan sebagainya hatta masuk kita nak kencing pun ada caranya adabnya.. bila kita mengasingkan agama dgn kerja seharian maka kita sama saja seperti orang kafir, itu yg timbul rasuah sana sini.. sebab mengasingkan agama dgn kerja.. niat bekerja utk dpt duit shj.. duit duit duit. tu yg dikejarnya hingga ke lubang kubur.. Jadi kesimpulannya , YA.. Memang PAS perguna agama untuk politik, mengapa ada masalah ke?