Sunday, December 6, 2009
Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya
Baru baru ni heboh isu doa TGNA..
Berbagai pihak di alam maya membincangkannya, kecoh dan gegak gempita seluruh negara,
dari meja kedai kopi bwh pohon ceri hingga ke coffee house di hotel besar ramai yang membincangkannya, tak sangka mereka begitu berminat pada doa Nik Aziz.. persoalannya disini, mengapa perlu dihebohkan sebegitu rupa? biarlah NIk Aziz berdoa kalau dia mahu sampai berbuih mulut sekalipun biarlah orang tua tu berdoa.. KALAU anda tiada salah.. mengapa perlu bimbang? doa tersebut hanyalah untuk orang yang menzalimi rakyat kelantan.. kalau anda berasa tidak zalim pada mereka mengapa perlu kecoh? seperti kisah yg sering berlaku di sekolah misalnya, seorang guru kehilangan duit di sekolah.. dan selalunya suspek adalah murid, tetapi bukanlah mudah untuk menjejak suspek kerana ramainya murid kan? jadi guru akan buat announcement "siapa yang ambil sila pulangkan.. kalau tidak kita baca yassin ramai ramai.. siapa yang ambil akan kembung perut (misalnya)".. hanya mereka yang terlibat dlm kecurian tersebut akan kecut perut.. manakala yang tak terlibat mereka tak takut pun samada nak minum air yassin dan sebagainya kerena mereka tahu mereka tak buat kan??.. jadi disini siapa yang makan cili?? Lu pikirlasendiri.. kalau benar Kelantan tiada hak royalti minyak mengapa bekas pengerusi Petronas , tengku Razaleigh Hamzah sendiri mendedahkan adanya perjanjian tersebut dgn dikhaskan royalti 5% setahun kepada kelantan? sebenarnya Kelantan telah lama di khianati oleh BN.. mereka telah dinafikan hak bertahun tahun.. dan apa kejadahnya najib nak beri wang ehsan kalau Kelantan tidak berhak? "Wang Ehsan" adalah salah satu cara UMNO untuk rasuah secara big scale sebenarnya contoh nya adlaah Terengganu. Seperti yang kita tahu Terengganu dulu diberikan royalti tiap tiap tahun oleh Petronas tetapi apabila Terengganu jatuh ketangan PAS pada PRU tahun 1999, UMNO dengan jahatnya telah menghentikanpembayaran wang royalti minyak, dan menukarkannya dengan wang ehsan yang maknanya duit minyak tersebut di berikan kepada agen2 UMNO (Ketua cawangan, bahagian, JKKKP) untuk diagih agihkan kepada rakyat terengganu. Persoalannya disini mengapa perlu agen UMNO untuk mengagihkan wang ehsan? wang ehsan tersebut bukannya datang dari poket parti UMNO.. Ia memang hak rakyat terengganu.. jadi apabila Kelantan mahu di"Terengganu" kan sudah tentulah TGNA bertindak, dan kepada siapakah hamba Allah hendak mengadu? selain dari kepada tuhannya iaitu ALLAH SWT. Apabila beliau mahu berdoa maka berdedai dedai.. kutukan diterima, padahal doa adalah senjata bagi orang beriman.. doa keburukan tiada? benarkah bergitu? mengapa pula kita berdoa untuk mengutuk israel? Dan TPM pula mengatakan PAS perguna agama untuk politik.. dah tentulah PAS gunakan Agama , kerana parti PAS bertunjangkan agama islam dan Alquran.. agama bukannya hanya terhad kepada nikah kahwin, dan menguruskan mayat shj.. ia mencakupi segala hal ehwal manusia seluruhnya.. termasuklah politik.. muammalat dan sebagainya hatta masuk kita nak kencing pun ada caranya adabnya.. bila kita mengasingkan agama dgn kerja seharian maka kita sama saja seperti orang kafir, itu yg timbul rasuah sana sini.. sebab mengasingkan agama dgn kerja.. niat bekerja utk dpt duit shj.. duit duit duit. tu yg dikejarnya hingga ke lubang kubur.. Jadi kesimpulannya , YA.. Memang PAS perguna agama untuk politik, mengapa ada masalah ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment