Kamu majlis orang soleh tidak boleh hadir. Majlis orang ‘tholeh’ (fasik) kamu boleh duduk-hadir.
Mana ada kebaikan di dalam kekufuran
Orang bakhil musuh Allah, walaupun dia ahli ibadah. (Maksud hadis) Kamu jangan sempitkan istilah bakhil-kedekut hanya tertentu kepada harta sahaja.
• Bakhil masa- Tidak ada masa duduk halqah zikir dan membuat kebajikan. Pergi tempat lalai ada masa!
• Bakhil tangan- Tidak di gunakan untuk khidmat di jalan Allah. Untuk nafsu boleh pula!
• Bakhil mulut- Tidak digunakan untuk berzikir, berselawat, istighfar, membaca quran, membaca hadis dan bercakap perkara berfaedah. Untuk bercakap kosong dan perkara yang Allah tidak ridho boleh(mengumpat, memfitnah, melaga-lagakan orang dan lain-lain lagi) pula!
• Bakhil mata- Tidak digunakan untuk membaca Al-Quran, hadis, baca kitab dan memandang kebesaran Allah. Tengok benda maksiat boleh pula!
• Bakhil kaki- Untuk berjalan ke majlis orang soleh dan berkhidmat kerana Allah tidak boleh. Berjalan ke tempat-tempat yang Allah benci boleh pula!
• Bakhil pemikiran- Tidak digunakan untuk memikirkan kebesaran Allah dan mencari jalan keredhaan Allah. Hanya digunakan memikir untuk memuaskan “HAWA NAFSU”.
• Bakhil perut - Tidak digunakan perutnya untuk berlapar.
Hiduplah sebagaimana Musa a.s, Asiah (isteri firaun) dan Masyitah yang hidup di dalam istana firaun.
Orang yang mengaku Islam tetapi tidak buat amalan orang Islam. Dia buat perkara yang Allah larang minum arak, berzina, berjudi, dan macam-macam perkara mungkar yang ia buat. Teruknya manusia jenis ini. Kalau kita tanyakan kepada orang Hindu, “Ini orang awak ke?” Hindu pun tidak mahu mengaku dia Hindu! Tanya Majusi dan Budha, mereka pun tidak mengaku orang ini orang mereka. Tanya Yahudi dan Nasrani, mereka pun tidak mengaku orang ini orang mereka. Habis itu kamu hendak kata dia orang Islam!
Hendak makan buah tembikai, tetapi tidak tanam buah tembikai atau tidak beli buah tembikai bagaimana pula hendak makan buah tembikai. Tidak ikut susunan Allah. Kamu hendak berjaya tapi tidak ikut orang yang berjaya. Imam Syafie (r.a.) pernah berkata. Kamu harap-harap hendak berjaya tetapi kamu tidak ikut saluran-salurannya. Sesungguhnya kapal itu tidak akan belayar di atas darat.
Tengok televisyen berjam-jam boleh. Tidak lenguh. Duduk berzikir ½ jam tidak boleh. Tidak larat!
Batu permata yang tersimpan di dalam bukit pun kalau tidak di korek dan tidak di gali, tetap tersimpanlah di dalam bukit sebagai batu permata selama-lamanya. Kalau manusia tidak korek dan prosesnya, maka manusia tidak akan dapat manfaat darinya. Begitu juga dengan kayu balak yang banyak terdapat di dalam hutan. Kayu jati
atau kayu meranti pun, kalau tidak di tebang dan diproses, tidak boleh di buat kerusi, almari, perabot, rumah dan lain-lain dan akhirnya kayu balak tersebut reput dan mati dan tidak mendatangkan hasil.
Bila ada iman, kamu akan bersatu dengan orang-orang Allah. Bila tidak ada iman kamu akan memusuhi orang-orang islam.
Mati hidup balik dan sampai hari kiamat pun Yahudi, Nasrani, Majusi dan Wasani (penyembah berhala) tidak akan redho dengan orang Islam; sehinggalah orang-orang Islam tinggalkan Allah dan Rasul-Nya.
Kucing kalau sakit dia tidak menyusahkan tuannya. Manusia kalau sakit dia akan menyusahkan orang lain.
Saiyidina Bilal menyebut Ahad! Ahad! Sebelum surah Al-Ikhlas di turunkan lagi
Kalau orang kata kepada kamu, jahat. Kamu jangan marah. Kalau kamu marah, maknanya kamu memang jahat.
Contohnya besi dan logam atau pun air boleh mengalirkan elektrik, kerana di dalamnya ada unsur yang boleh elektrik mengalir. Mengapa kayu, tembikar, dan tanah tidak boleh mengalirkan elektrik? Kerana di dalamnya tidak terdapat unsur-unsur yang boleh mengalirkan elektrik.
Ketika Allah menjemput hamba-hambaNya menghadap Dia, kamu tidak boleh hadir (melewatkan waktu sembahyang). Tetapi bila kamu hendak jumpa bos kamu, buat perkara yang bersesuaian dengan nafsu, boleh pula tepat pada waktunya.
Ada tiga “Ta” yang punca manusia berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan akhirnya mereka masuk ke dalam Neraka:-
•Wanita
•Takhta
•Harta
Kisah Yakinnya Abdul Mutalib. Semasa Abrahah hendak menyerang Kaabah. Dia merampas binatang ternakan penduduk Mekah. Kemudian dia memanggil Abdul Mutalib supaya berjumpa dengannya. Abrahah memberitahu dia mahu meruntuhkan Kaabah. Apa yang Abdul Mutalib hendak buat? Abdul Mutalib menjawab dia hanyalah tuan punya unta.
Adapun Kaabah itu rumah Allah. Dia hanya mahu binatang ternakan yang di curi oleh Abrahah dikembalikan semula. Adapun Kaabah kami serahkan kepada TuanNya (Allah) untuk menjaganya. Akhirnya Allah musnahkan Abrahah dan tenteranya. Di hari ini kalau orang Islam ada keyakinan dan penyerahan kepada Allah seperti Abdul Mutalib. Sudah cukup bagi mereka mendapat bantuan dari Allah. Masa itu, Rasulullah baru hendak lahir dan Al-Quran pun belum diwahyukan lagi.
Orang yang melihat orang lain mengamalkan sunnah seperti melihat bangkai. Sebenarnya, merekalah bangkai.
Monday, June 22, 2009
Sunday, June 21, 2009
Penyegar Jiwa
Kalau tak senang dengan sesuatu - DIAM!
Kerja dunia boleh tangguh-tangguh, kerja akhirat tak boleh tangguh-tangguh
Kalau kita kasih orang yang Tuhan benci, itu satu penyelewengan
Orang yang sebenar cinta Allah S.W.T. tidak takut menghadapi cabaran hidup dunia.
Hidup atas dunia tak mahu ikut nabi, aulia atau orang soleh. Bila mati nak duduk sekali dengan orang soleh ini cerita kartun.
Waktu hidup ikut Firaun, Qarun dan Haman. Bila mati nak masuk Syurga, dengan nabi Musa a.s. dan Harun a.s. Logik tak?
Cara cuci hati. Banyakkan baca Al-Quran, ingat mati dan hadir majlis zikir. Bila hati suci, barulah ada tauhid.
Berjayanya seseorang itu sebanyak mana tumpuan yang dibuat. Banyak tumpuannya, banyaklah kejayaannya, kurang tumpuannya, maka kuranglah kejayaannya.
Nasihat hanya boleh diberi sebelum nyawa di halqum (garghorah). Selepas garghorah tidak ada gunanya lagi.
Kamu jangan jadi seperti kerengga, dia duduk di pokok buah-buahan tetapi tak makan buah, bila ada manusia nak ambil buah dia pun kacau (marah).
Kita tidak menentang sains dan teknologi kerana ia adalah rahmat Allah S.W.T. tetapi kita menentang kekufuran dan kesyirikan di dalam sains dan teknologi
Kamu boleh paksa anak kamu untuk dunia, tak cukup dengan sekolah pergi tusyen lagi. Tapi kenapa dengan zikir kamu tak boleh buat?
Punca-punca kehancuran umat Islam hari ini tidak ada lain iaitu ananiah ikut nafsu.
Bukan orang lain dan unsur-unsur lain merosakkan kamu tetapi nafsu kamulah yang merosakkkan kamu sendiri.
Kalau beramal nak dunia, nak hebat, nak kebal dan bermacam-macam lagi samalah dengan Iblis. Iblis berdoa (meminta kebolehan atau kehebatan) kepada Allah nak menyesatkan manusia.
Serban putih dan jubah putih senang di beli, yang tiada dijual perut yang bersih walaupun hendak di beli dari wali Allah bahkan dari Rasulullah kerana taufiq dan hidayah di tangan Allah.
Kamu, kereta boleh beli tetapi jam loceng untuk mengejut waktu tahajud tak boleh beli.
Bila (iman) kita lemah, maka orang-orang yang lebih lemah daripada kita akan mengambil kesempatan daripada kelemahan kita. Jalan penyelesaiannya, dengan kita memperbaikki diri kita.
Maafkan segala kesalahan orang-orang yang membuat kesalahan dengan kita walaupun mereka tidak memohon maaf.
Kalaulah binatang buas boleh di latih sebagaimana harimau, gajah dan beruk sarkes dilatih untuk membuat pertunjukkan (boleh dijinakkan), apatah lagi manusia kerana Allah berfirman “Walhal mereka seindah-indah makhluk Allah” (Surah Tin Ayat 4).
Kamu tentang makan, kamu pandai. Untuk menyedapkan sesuatu makanan berbagai ramuan digunakan, tetapi kenapa untuk mendapat kemanisan di dalam ibadah – kamu tak pandai?
Bilal bin Rabbah r.a seorang hamba abdi. Orang yang dipandang hina oleh masyarakat tetapi berhubung dengan keimanan dan tauhid, dia seorang yang mulia dan cerdik. Beliau tidak tunduk kepada kekufuran dan kesyirikkan walaupun jasadnya disiksa. Di hari ini, kita ada ramai golongan cerdik pandai, ada pensyarah, ada jurutera, ada doktor, ada ulama; tetapi berhubung dengan keimanan dan tauhid, kita jauh ke belakang dan lebih bodoh daripada Bilal r.a.
Kalau kereta rosak ada tukang yang akan baikinya. Kalau orang rosak siapa yang nak baiki?
Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila bebas daripada belenggu hawa nafsu.
perkara yang kita tak tahu tidak semestinya perkara tersebut tak betul.
Bila buat sesuatu ikut hawa nafsu maka akan timbullah penyesalan yang berpanjangan.
Bacalah diri sendiri (tengok keburukan sendiri). Jangan baca (tengok) keburukan orang lain.
Bereskan kekufuran dan kesyirikan di dalam diri kita dulu. Janganlah bersibuk dengan kekufuran dan kesyirikan di luar kita.
Buang atau cukur janggut, simpan misai. Macam Hindu - ikut Hindu. Rasulullah S.A.W. suruh panjangkan janggut, andamkan misai.
Semua nabi-nabi dan Rasul-Rasul a`laihimussalatu wassalam dibangkitkan oleh Allah S.W.T. untuk menguatkan iman dan takwa dahulu. Bila iman dan takwa dah kuat, barulah perkara-perkara lain akan ikut kuat. Ini tidak, nak kuat ekonomilah, kuatkan itulah, inilah. Nabi Adam a.s. mula-mula di turunkan ke bumi ini apa yang dibuat dulu? Baginda menangis takutkan Allah S.W.T. selama 40 tahun. Adakah beliau buat benda lain dulu?
Orang yang baik merasa dirinya jahat!
Orang yang jahat merasa dirinya baik!
Dalam bala ada nikmat. Dalam nikmat ada bala. Sebab itulah semua kekasih Allah di dalam penderitaan.
Bala ada 4 jenis:-
• Sirajun-lil-ariffin
a. Penerang bagi orang arifbillah.
• Yaqozatun-lil-muridin
a. Penyedar bagi orang yang hendak mengenal Allah.
• Islahun-lil-mukminin
a. Membaikkan orang yang beriman.
• Halaqun-lil-ghafilin
a. Membinasakan orang yang lalai pada Allah S.W.T.
Cara pembersihan (jiwa) dengan cara bersedikit-sedikit (ikut kemampuan) iaitu dengan selawat, istighfar dan zikir. Membaca surah Alam Nasyroh jikalau datang perasaan jemu dan membaca surah Qulhuallah hu Ahad jikalau berasa celaru dan serabut.
Apa dia iman? Iman ialah tumpuan yang penuh kepada Allah.
Apa dia Iman? Iman ialah membuat perkara yang Allah perintah, dan meninggalkan segala tegahannya tanpa fikir bicara.
..bersambung

Nurbalqis Humaira bt Muhammad Iqbal
Monday, June 15, 2009
Al Fatihah (Ibu Anuar Yusof)
Al Fatihah buat arwah ibu cikgu Anuar bin Yusof yang telah meninggal duniabaru baruini.. semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang orang yang beruntung di akhirat kelak, buat nuar, kami sekeluarga mengucapkan takziah dan berharap agar cikgu nuar dapat bersabar dengan kehilangan ini dan anggaplah ini adalah salahsatu daripada ujianNya.. Bersabarlah dan redho. Banyakkan sedekah al fatihah, al ikhlas dan al mulk buat arwah.. kalau boleh buat tiap tiap hari.. sebelum tido atau lepas solat isya`. Amalan manusia itu terputus selepas meninggal dunia kecuali sedekahnya, ilmu yang diajar dan doa anaknya.. AlFatihah.
Wednesday, June 10, 2009
Video Clip
Lagu nasyid yang evergreen.. bait bait yg mengingatkan aku kepada arwah ayahku (Azmi bin Hj Ismail).. selalu juga sedekahkah ayah surah Qulhu, Fatihah ngan Al-Mulk(tabarokallazi biyadihil mulk).. Ya Allah amankanlah bapa ku dari siksa kubur jauhilah dia dari api neraka tempatkanlah bapaku dikalangan orang orang yang beruntung..Ameen..
------
Astaghfirullahalazim 3x
-----------
sheikh mishary rashed alafasy
imam masjid al-kabeer [Grand Mosque ] in kuwait
sheikh misyari adalah antara qari yang paling aku suka dgr bacaannya..
besttt! Dengar dulu baru nilai..
Link untuk download http://www.muslimtents.com/alafasy/
kat sini banyak yang boleh di download.. benda baik gini kenela sebar sebarkan insyaAllah kita beroleh pahala.. insyaAllah..
Sunday, June 7, 2009
Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Selangor di ILP Jugra
Kontinjen Kuala Langat mendapat tempat ketiga tahun nie.. jadiler hehe..
ketua kontinjen kuala langat, chegu shuhaimi
bukan main lagi depa..
ewah time poco poco tak pengsan..
pak pacak..ops minah pacak haha
para tetamu kehormat..
Datuk Khalid Abu Bakar (KP Sel) memeriksa perbarisan para kontinjen
barisan kontinjen seluruh negeri selangor
Periksa barisan
Kehadiran trak polis yg telah mempanikkan org kampung sg buaya
Kontijen Jalan Lasak Petaling jaya siap berceloreng muka lagik tp kalah jugop kekeke
Acara jalan lasak dgn lembu pun mau join..
m16..
Pasukan Pandu Arah Kontijen Kuala Langat
Komandan dari PGA Cheras memberikan taklimat kepada para peserta
latihan Poco Poco..pakcik misaitu sarjan tu..
Pasukan Kontijen Kuala Langat untuk acara jalan Lasak
Friday, June 5, 2009
Mari lihat gambar yg ader di enpon aku
Thursday, June 4, 2009
Aku dah bayar bill tenet.. dan Championship Manager 2003/2004
Kehkehkeh setelah lebih dua bulan engkar membayar bil tenet.. hari ni aku dah bayar secara lump sum rm 333.90 sen.. bulan ni dia tak cas bil tenet (mampus ler kene bayar bulan depan).. jadi secara rasminya aku akan mula mengaktifkan diri di alam maya ni.. takdakla aku kuar gi cc.. takdala bini aku monyok jer kalau aku nak kuar gi cc kehkehkehkeh.. bolela aku donlot balik citer lost aku yg dah tertunggak, citer heroes heh heh heh.. dan adakah aku akan lupakan pasukan shrewsbury town, championship manager 2003/2004 aku? Memandangkan sepanjang aku offline hanya championship manager 03/04 ni jer ler yang aku layan.. aku berjaya bawak team conference yang corot tu menjadi sebuah kelab besar yang disegani kawan dan lawan.. mm nanti aku upload gambr yek..
KehKEhKeh jangan terkejut player ni main team aku kehkehkeh..
Jadual perlawanan..
Team aku yang otai
Detik detik kegemilangan.kehkehkeh
KehKEhKeh jangan terkejut player ni main team aku kehkehkeh..
Jadual perlawanan..
Team aku yang otai
Detik detik kegemilangan.kehkehkeh
Alhamdulillah
Subscribe to:
Posts (Atom)