Monday, January 19, 2009

PRK Kuala Terengganu : Mengapa Media Kita Melaporkan Dengan Minda Kelas Empat?

PRK Kuala Terengganu : Mengapa Media Kita Melaporkan Dengan Minda Kelas Empat?

Saya memang jarang membaca akhbar yang diperbuat dari kertas. Saya lebihgemar membaca akhbar versi internet yang saya lihat lebih padat danringkas. Namun hari ini anak saya beli dua akhbar - kedua-duanya akhbarMelayu tetapi diterbitkan oleh 2 syarikat berbeda. Pertama, akhbarMingguan Malaysia dan kedua akhbar Berita Minggu.

Sayajeling kedua-dua akhbar yang dibeli itu. Kelmarin ada satu peristiwabesar dalam negara iaitu pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang sudahdiketahui keputusannya. Saya pasti tajuk besarnya ialah "PAS MenangDengan Majoriti Besar", "PAS Rampas Kuala Terengganu Dengan MajoritiSelesa" atau lain-lain tajuk yang sering menjadi bahasa basahan pihakakhbar-akhbar berkenaan jika BN menang besar. Saya beranggapan demikiankerana begitulah tajuk akhbar-akhbar apabila BN menang dalam sesuatupilihanraya, "BN Menang", BN Menang Besar", "BN Menang Selesa" danlain-lain yang sewaktu dengannya.

Tetapi bila didekati, rupanya tajuk akhbar-akhbar yang ada di depan saya itu lain pula:


Mingguan Malaysia: "Lagi Sekolah PBB Dibom"
Berita Minggu: "Genjatan Senjata Israel"

Eh,kata hati saya, tidak ada berita mengenai pilihanraya kecil KualaTerengganu ke? Bukan isu Palestin itu tidak penting, ia penting bagikita, tetapi tentu berita Kuala Terengganu lebih penting semalam, jikatidak penting tak kan lah pula Timbalan Perdana Menteri berkampung 2minggu di sana?

Belekpunya belek rupanya ada juga berita mengenai pilihanraya kecil itu:cuma ia berita kerdil yang tersorok di celah berita-berita dan gambarbewarna lain yang lebih menarik. Jika BN menang pasti ia tersiar dilaman utama seperti lazimnya, di samping ulasan dari tokoh-tokohnyadengan gambar menarik, namun bila PAS menang tiada pula kesannyasedemikian. Lalu teringat saya mengenai penantian keputusan rasmipilihanraya di televisyen malam tadi. Hingga hampir jam 10.00 malambaru nampak catatan di bawah skrin TV mengenai keputusan pilihanraya,walaupun versi internet di pelbagai laman dan blog sudah memaklumkankeputusan penuh 2 jam lebih awal. Dalam hati berkata betapa lembabnyaTV kita, TV kerajaan dan swasta dua kali lima sahaja, tidak adil dalammemberi layanan terhadap warganya.

Gambaranmengenai kaedah pelaporan berita oleh akhbar-akhbar kita yang sayacatat di atas mengundang rasa hairan dan lucu bagi mereka yang tidaktahu iklim dan tahap demokrasi negara ini. Jika difikir-fikirkadang-kadang terasa Malaysia seperti berada di sebuah planet asing dankadang-kadang pula terasa seperti berada di Zimbabwe, Kongo, Malawi,Botswana, Tanzania atau negara-negara Afrika lain yang baru belajarmengenali erti demokrasi. Tetapi kita berada di Malaysia yang seringdiomong-omongkan akan mencapai tahap negara maju pada 2020. Namun jikatahap pendemokrasian minda pemilik-pemilik akhbar dan media kita masihdi tahap yang ada sekarang, bolehkah kita percaya negara ini layakmencapai negara maju pada 2020? Mungkin pada 2020 kita maju dari segifizikal dengan deretan bangunan pencakar langit dan kesesakan jalanyang merimaskan, tapi apa maknanya menjadi negara maju jika minda kitatermasuk pihak press lebih mundur dari negara-negara kelas tiga dankelas empat dunia?


Oleh: pendikar gunung kriang

-------------
betul sangat apa yang saudara pandikar ni katakan.. Malaysia ni prasarana jer maju tapi dari segi pemikiran macam kat afrika

No comments: