Thursday, December 4, 2008

Taliban untuk Malaysia

Sama ada ekau sokong Pak Lah kerana memperkenalkan Islam Hadhari, atau sama ada ekau sokong kuat sama Khir Toyo yang mengatakan Selangor yang baru ini angkuh kerana mengharamkan sebarang program Islam Hadhari, atau pun ekau nak jadi Encik Yes-Man kepada Hassan Ali yang mendakwa Islam Hadhari itu lebih banyak membawa kekeliruan pada masyarakat, eden cuma nak ekau tahu satu benda sahaja.Jadiapa bendanya? Ketiga-tiga hamba suruhan Allah itu, termasuklah jugaindividu dan organisasi lain yang hebat bersurah tentang pro dan kontra Islam Hadhari ini, tidak pernah sedar bahawa beberapa cara pemikiranTaliban adalah penyelesaian kepada permasalahan manusia. Malah berdasarkan pemerhatian eden, negara yang sedang eden tumpang ini,Ireland, dan juga jirannya iaitu United Kingdom, cara pemikiran Taliban itu sudah pun lama menjalari dasar pemerintahannya.

Takbir!!

Eden sebenarnya terkejut apabila mengetahui akhbar Malay Mail pernah mendakwa MB Selangor sebelum ini, Khir Toyo,pernah mahu mengTalibankan Selangor. Ini gara-gara usaha beliau untuk menghududkan waktu operasi pub dan disko sehingga jam 12 tengah malam sahaja, berbanding jam 3 pagi seperti mana yang masih berlaku sehingga sekarang.Malah dua tahun lampau pun eden pernah tersedakterkeluar kahak hijau apabila Menteri Pelancongan ketika itu mahu waktu operasi pusat hiburan, kelab malam, pub dan restoran di bandar-bandarutama supaya dilanjutkan sehingga jam 5 pagi. Hujahnya, keadaan sedia ada tidak mampu menarik minat pelancong untuk datang:
Bandarraya seperti Kuala Lumpur sangat 'malap' pada waktu malam, tiadaaktiviti hiburan, mereka (pelancong asing) tidak tahu buat apa selepasjam 12 malam, pusat membeli-belah pun tutup jam 10 malam.Bertuahnyanegara Malaysia yang tidak pro kepada ideologi Taliban ini. Eden yangdi sini, dan ramai juga sahabat handai eden di UK, mati kutu di waktumalam sebab setiap hari bila tiba pukul 6, banyak kedai dan pasarayayang ditutup.

Takbir!!

Sebenarnya jika eden mahuberbicara tentang arak di sini, ekau boleh naik pelik. Ini memandangkanIreland adalah sebuah negara yang dikenali dengan rakyatnya yang kakiminum. Arak adalah budaya mereka, seperti mana anime dan manga adalahbudaya kepada bangsa Jepun. Sebut sahaja Irish, akan terimbau pub-pubnya yang subur melata itu. Sebut pub, akan teringatlah pulakepada arak berjenama Guinness, yang kilangnya itu kira-kira 7 minit berbasikal dari rumah eden. Kilang ini adalah antara kilang arak terbesar di dunia dan ia merupakan tarikan nombor 1 kepada pelancongasing yang melawat ke sini.Namun dari segi pengawalan jualandan waktu operasi pub dan diskonya, mereka tetap lebih Taliban darinegara kita yang kini mengamalkan dasar Islam Hadhari yang diyakinimampu memberikan pencerahan kepada ummah. Bouncers kelab malamnya pun memang sangat tegas dan mereka sentiasa bersedia untuk menendang keluar sesiapa sahaja di bawah umur 18 tahun yang cubamemasuki teritori yang dipeliharanya itu.Kira-kira 5 tahundahulu, Menteri Keadilan Ireland yang bernama Michael McDowell telah mengemukakan usul bagi menyelesaikan masalah ketagihan arak yang semakin memberikan kesan negatif kepada masyarakat. Beliau seolah-olahberlagak menjadi polis moral apabila sudah mula sibuk mahu menjaga gaya peminuman arakrakyatnya. Macamlah rakyat Ireland ini bodoh sangat sehingga tidak tahu untuk menilai apa yang baik dan buruk untuk dirinya. Akibatnya kini had masa pembukaan pub-pub di Ireland pada malam hari berkerja adalah sehingga jam 11.30 malam sahaja (12.30 malam bagi malam Sabtudan Ahad). Malah arak tidak boleh dijual di mana-mana pada Hari Krismasdan Good Friday. Ini semua sudah jauh lebih teruk dari ciri-ciriTaliban seperti yang dicanang oleh Malay Mail itu sebab setahu eden diMalaysia, belum pernah lagi ada larangan menjual arak pada hari-hari perayaan.Apabila Michael McDowell diganti oleh Brian Lenihanpada tahun lepas, belum pun sampai setahun memegang kuasa, keTalibanan Menteri Keadilan yang baru ini jauh lebih mengerikan. Pada awal tahun2008, Brian Lenihan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengkaji peningkatan penjualan alkohol di pasaraya, kedai kemudahan dan stesen minyak, di samping turut mengkaji semula undang-undang yang membenarkan pub beroperasi lebih masa, dan juga keberkesanan hukuman ke ataspeminum arak bawah umur.

Takbir!!

Kepelikan eden semakin menjadi-jadi apabila negara seTaliban Ireland ini, begitu keras dan ketat undang-undangnya dalam hal penjualan rokok, dan apatah lagi arak kepada pembeli di bawah usia 18 tahun. Pernah seorang kawan eden yangberwajah baby face, berusia19 tahun, tidak dibenarkan langsung membeli sekotak rokok di sebuahkedai kemudahan ala-ala 7-Eleven berdekatan rumah eden. Hanya setelahkawan eden ini menunjukkan IDnya, maka barulah tuan kedai yang kerek itu menjual rokok kepadanya.Lalu bagaimana pula halnya dengan negara kita Malaysia yang anti-Taliban? Menjual rokok pada budak-budaksekolah, yang kekadang masih berpakaian seragam sekolah adalah amalan biasa bagi ramai pekedai. Kedai kemudahan 7-Eleven yang banyak dinegara kita itu pun selamba badak saja menjual arak kepada remaja Islam dan bukan Islam di bawah umur 18 tahun. Eden tidak rasa 7-Eleven yangbertaburan di negara kelahirannya, iaitu Amerika, akan mengambil ringandalam hal-hal seperti ini.Baru-baru ini pula eden membaca laporan bahawa Ireland menduduki tangga ke-6 dalam Indeks Keamanan Global 2008.Lagi pelik eden dibuatnya. Bagaimana negara yang mengamalkan dasarTaliban ini boleh menjadi antara 10 negara paling aman di dunia,sedangkan negara kita yang terlalu fobia dengan istilah Taliban beradadi tangga ke-38? Puas eden berfikir sebabnya, namun akhirnya eden membuat kesimpulan bahawa kekalahan kita ini mesti gara-gara ancaman gagasan Kerajaan Langit oleh Ayah Pin! Situasi kerajaan dalam kerajaan adalah tidak bagus. Selagi Ayah Pin tidak ditangkap, kita sentiasa dalam bahaya.Hahapa pun, kalau ekau ini kaki minum dan mahu pula datang melawat kesini, berhati-hatilah kerana pasukan polis negara Ireland Darul Talibanini pernah menjadikan kesalahan berkaitan tabiat meminum arak sebagai musuh nombor satunya.Takbir!!Fenomenayang sama juga berlaku di UK. Walaupun dari aspek Indeks KeamananGlobal, kita di hadapan UK, yang mana ini mungkin disebabkanpenglibatan mereka dalam perang di Iraq, namun jangan kita lupa bahawaUK adalah antara negara paling maju dan moden di dunia. Mana-mananegara membangun akan sering menjadikan UK sebagai model dan rujukan.Sebenarnyasatu ketika dahulu, undang-undang berkaitan waktu operasi pub dan kelab malam di UK bukanlah seperti sekarang. Semenjak Perang Dunia Pertamasehinggalah tahun 2005, pub dan kelab malam di Britain dan Wales terutamanya, wajib ditutup pada pukul 11 malam. Waktu penutupan ini sudah tentu lebih Taliban daripada waktu tamat operasi yang pernah dicadangkan oleh Khir Toyo.Pada tahun 2005, Parlimen UK telah meluluskan rang undang-undang yang membenarkan mana-mana pub dan kelab malam bagi memohon lesen operasi 24 jam.Mengapakah boleh datang idea ini dan diluluskan pula? Ini kerana ituadalah antara janji manifesto Parti Buruh (Labour Party) dalam pilihanraya umum di UK. Parti Buruh memenangi pilihan raya tersebut dan TonyBlair selaku pemimpin tertinggi parti tersebut, telah berusaha keras bagi memastikan idea kontroversi itu terpahat sebagai satu rang undang-undang kerajaan.Seperti mana juga kes Brian Lenihan yang keTalibanannya lebih terserlah berbanding bekas penyandangnya, hal yangsama juga berlaku kepada Gordon Brown. Baru sebulan mengambil kuasa dari Tony Blair, Brown yang juga dari Parti Buruh ini telah mengeluarkan cadangan bersifat Taliban bagi mengubah semula undang-undang yang membenarkan pub dan kelab malam di Britainberoperasi 24 jam sehari. Ideanya, tempoh 24 jam ini wajar dihududkan.


Akan wujudkah pemimpin Malaysia beragama Islam yang mahu mencontohi keTalibanan pemerintahan Gordon Brown?


Walaupun pada akhirnya cadangan itu tidak dilaksanakan,namun Brown masih berusaha menjadi polis moral bagi memastikan rakyatjelatanya lebih sopan, beradab dan tidak ganas, yang mana kesemuaciri-ciri fitrah manusia ini semakin terhakis gara-gara pengaruh negatif arak dalam masyarakat. KeTalibanan Perdana Menteri Britain yangbaru ini semakin meluat dipandang rakyat apabila kerajaan pimpinannyatelah membatalkanprojek pembinaan super kasino di Manchester. Nampaknya corak pemikiranPerdana Menteri di negara paling berpengaruh di dunia ini juga sudah dirasuki hantu Taliban. Apa yang ironinya, bapa mertua Tony Blair juga sebenarnya bersifat Taliban seperti Gordon Brown. Beliau adalah antara yang menentang kerascadangan kerajaan yang meluluskan lesen operasi 24 jam kepada pengusahapub. Amat menyedihkan apabila keTalibanan bapa mertua Tony Blair tidakberjaya dicerna oleh anak menantunya. Apo boleh buat jang. KeTalibanantak dapat diwarisi dari seorang ayah mertua yang 'bertaqwa'.

Takbir!!

Maka sekarang ini ekau nampak tak bahawa ideologi Taliban dalam isu berkaitan arak dan disko ini, diamalkan oleh negara yang antara paling aman di dunia, dan juga dipraktikkan oleh negara yang antara paling maju di dunia.Sebelum eden tutup coretan ini, eden mahu tanyajuga sampai bila ekau mahu faham bahawa tak ada arak dalam pesawat MASpun tidak mengapa. Tujuan utama orang beli tiket kapal toghobang adalah kerana mereka nak bergerak dari Destinasi A ke Destinasi Bdengan cepat dan mudah. Dan perkara utama yang mereka pertimbangkanketika membeli tiket adalah kompeni mana yang beri tambang lebih murah. Bukan kompeni mana yang ada hidang arak paling murah, bagus, sedap,lazat, nikmat dan masyuk.Ini seperti mana ekau makan kat warung mamak. Sama ada warung mamak itu buka siaran gusti WWF atau pun kartun Usop Sontorian,ekau tak akan kisah sangat sebab tujuan utama ekau datang situ adalahuntuk isi perut ekau yang kempis itu. Tapi ekau akan marah dan bengangsangat-sangat jika warung mamak itu kotor, lalat berterbangan disana-sini, makanan tak sedap, dan harganya pula mahal, walaupun di kala ekau sedang makan, restoran mamak itu ada menayangkan rancangan gusti WWF yang memang ekau sudah minat sejak zaman dulu kala lagi.

Maka oleh sebab itu, adakah ekau pernah dengar mana-mana syarikatpenerbangan yang bersaing dengan menggunakan isu arak sebagai strategi?Tak ada! Strategi utama mereka adalah perang harga. Siapa yang bagiharga lebih murah, itu yang akan dipilih. Arak cumalah satu faktorpicisan. Tak ada penumpang akan mengamuk sakan jika tiada arak dalampesawat, sekiranya tambang yang mereka bayar itu berpatutan dan layanan yang diberikan juga bagus.Aduhai, cukuplah syarahan eden serba sedikit tentang psikologi pengguna dan pembeli ini. Esok lusa, apabila ekau naik kapal toghobang MAS, laungkan 'takbir' pada pramugara dan pramugari Islam yang menuangkan arak pada penumpangnya. Jangan tersalah laung 'take beer',sudahlah. Itu eden tak tanggung sebab walaupun kita akan ditanya olehMalaikat Munkar dan Nankir apabila kita mati nanti, namun kubur ekaudan eden tetap lain-lain. Eh ekau kalau pernah duduk dimana-mana negara moden dan maju yang ada terselit juga unsur-unsurTaliban di dalam pemerintahannya, beritahulah pada eden dan yang lain.Kita kena buktikan bahawa Taliban is the future.

Takbir!!
-------------
Onefine toughtprovoking article dari hembusan.blogspot.com...

Negara maju lebih taliban dari Malaysia!!

No comments: