Monday, January 19, 2009

2 Rider on Harley Davidson march to PRK KT with PAS Flag!



Two Harley's rider caught on video with white/green flag at Karak expressway.

PRK Kuala Terengganu : Mengapa Media Kita Melaporkan Dengan Minda Kelas Empat?

PRK Kuala Terengganu : Mengapa Media Kita Melaporkan Dengan Minda Kelas Empat?

Saya memang jarang membaca akhbar yang diperbuat dari kertas. Saya lebihgemar membaca akhbar versi internet yang saya lihat lebih padat danringkas. Namun hari ini anak saya beli dua akhbar - kedua-duanya akhbarMelayu tetapi diterbitkan oleh 2 syarikat berbeda. Pertama, akhbarMingguan Malaysia dan kedua akhbar Berita Minggu.

Sayajeling kedua-dua akhbar yang dibeli itu. Kelmarin ada satu peristiwabesar dalam negara iaitu pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang sudahdiketahui keputusannya. Saya pasti tajuk besarnya ialah "PAS MenangDengan Majoriti Besar", "PAS Rampas Kuala Terengganu Dengan MajoritiSelesa" atau lain-lain tajuk yang sering menjadi bahasa basahan pihakakhbar-akhbar berkenaan jika BN menang besar. Saya beranggapan demikiankerana begitulah tajuk akhbar-akhbar apabila BN menang dalam sesuatupilihanraya, "BN Menang", BN Menang Besar", "BN Menang Selesa" danlain-lain yang sewaktu dengannya.

Tetapi bila didekati, rupanya tajuk akhbar-akhbar yang ada di depan saya itu lain pula:


Mingguan Malaysia: "Lagi Sekolah PBB Dibom"
Berita Minggu: "Genjatan Senjata Israel"

Eh,kata hati saya, tidak ada berita mengenai pilihanraya kecil KualaTerengganu ke? Bukan isu Palestin itu tidak penting, ia penting bagikita, tetapi tentu berita Kuala Terengganu lebih penting semalam, jikatidak penting tak kan lah pula Timbalan Perdana Menteri berkampung 2minggu di sana?

Belekpunya belek rupanya ada juga berita mengenai pilihanraya kecil itu:cuma ia berita kerdil yang tersorok di celah berita-berita dan gambarbewarna lain yang lebih menarik. Jika BN menang pasti ia tersiar dilaman utama seperti lazimnya, di samping ulasan dari tokoh-tokohnyadengan gambar menarik, namun bila PAS menang tiada pula kesannyasedemikian. Lalu teringat saya mengenai penantian keputusan rasmipilihanraya di televisyen malam tadi. Hingga hampir jam 10.00 malambaru nampak catatan di bawah skrin TV mengenai keputusan pilihanraya,walaupun versi internet di pelbagai laman dan blog sudah memaklumkankeputusan penuh 2 jam lebih awal. Dalam hati berkata betapa lembabnyaTV kita, TV kerajaan dan swasta dua kali lima sahaja, tidak adil dalammemberi layanan terhadap warganya.

Gambaranmengenai kaedah pelaporan berita oleh akhbar-akhbar kita yang sayacatat di atas mengundang rasa hairan dan lucu bagi mereka yang tidaktahu iklim dan tahap demokrasi negara ini. Jika difikir-fikirkadang-kadang terasa Malaysia seperti berada di sebuah planet asing dankadang-kadang pula terasa seperti berada di Zimbabwe, Kongo, Malawi,Botswana, Tanzania atau negara-negara Afrika lain yang baru belajarmengenali erti demokrasi. Tetapi kita berada di Malaysia yang seringdiomong-omongkan akan mencapai tahap negara maju pada 2020. Namun jikatahap pendemokrasian minda pemilik-pemilik akhbar dan media kita masihdi tahap yang ada sekarang, bolehkah kita percaya negara ini layakmencapai negara maju pada 2020? Mungkin pada 2020 kita maju dari segifizikal dengan deretan bangunan pencakar langit dan kesesakan jalanyang merimaskan, tapi apa maknanya menjadi negara maju jika minda kitatermasuk pihak press lebih mundur dari negara-negara kelas tiga dankelas empat dunia?


Oleh: pendikar gunung kriang

-------------
betul sangat apa yang saudara pandikar ni katakan.. Malaysia ni prasarana jer maju tapi dari segi pemikiran macam kat afrika

Saturday, January 17, 2009

Alhamdulillah..




Alhamdulillahsyukur sgt2.. PAS menang jugaakhirnyawalaupun BN berhabis Jutaan Ringgit di KT.. Alhamdulillah.. manisnya kemenangan ini..

Wednesday, January 14, 2009

Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu BN vs PAS

Adakah Ini Inspirasi Islam oleh Pemimpin Islam Kerajaan BN?

banyak artikel yang aku baca dan aku simpan. Aku dulu adalah penyokong BN, dan apabila aku mula meluaskan pemahaman aku tentang Pas (kononnya untuk mencari kelemahan PAS selain dari memperolehi keburukan mereka dari media main stream atau cakap2 kedai kopi)...lalu apa yang aku dapat ialah keburukan pemimpin BN sendiri! Di sini aku kumpulkan pendapat2 yang aku kira, tidak boleh diabaikan walaupun fanatik mcm mana pun kita terhadap kerajaan Hadhari ini.

pertama :

bolehkah umno merealisasikan poltik islam tulen?

kerana pada pendapat aku, banyak pemimpin mereka yang jelas menghina hukum hudud bila nak mempersendakan hasrat Pas. Bila menghina hukum hudud itu, bermakna mereka telah menghina hukum Allah sendiri. Bila sudah menghina Allah? apakah natijahnya?

penghinaan terhadap hukum ini adalah seperti berikut :
1. Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

2. Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan.

3. Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

4. Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

5. Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

ke dua :

• Penjenamaan Islam Hadhari Sebagai Pengeliruan Slogan dan pendekatan yang menampilkan penjenamaan Islam baru seperti yang digembar-gemburkan ialah untuk meyakinkan orang ramai dan rakyat Malaysia bahawa BN, UMNO dan sekutu-kutunya adalah parti Islam yang sederhana, mendokong penyebaran nilai-nilai Islam yang suci, menegakkan keadilan dan sebagainya; kendatipun pernyataan dan sejarah sebelum ini menunjukkan mereka terang-terang menidakkan Islam menjadi asas parti dan kumpulan nasionalis itu. Ini adalah usaha mengeksploit nama Islam sebagai label untuk melariskan pengaruh UMNO yang mula terkenal dengan amalan rasuah. Untuk mengukuhkan imej berkenaan ia menjanjikan kebebasan, kemerdekaan, keadilan dan berbagai lagi nilai-nilai lain yang terangkum dalam 10 prinsip Islam Hadhari.

Penggunaan slogan Islam hadhari dengan tujuan untuk meraih undi ini jelas bertentangan dengan kenyataan Presiden UMNO di PWTC tahun lepas yang menegaskan bahawa:

“Bukannya budaya UMNO untuk bermain dengan agama. UMNO tidak pernah membenarkan agama dijadikan alat. UMNO menentang tegas agama dipolitikkan.

A. Kenyataan Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim

Semasa merasmikan seminar Interfaith di Hotel Equatorial Bangi, Selangor pada 24 Februari 2005 Dr Rais Yatim telah berkata seperti berikut:-

"While believing that we are not here to express severe and bigoted subjective findings against fellow Malaysians who happen to embrace religions other than our own, one salient point seems to run through a collective endeavour such as this. And that is, no one ought to say and claim that his religion is the best to the exclusion of others. To say this would annihilate the intent of equality and basic humanity." (lihat infoline Majlis Peguam di m/s 8 - 10 )

(Terjemahan)
Tidak boleh mana-mana orang boleh mengatakan atau mendakwa bahawa agamanya adalah yang terbaik sehingga mengenepikan agama - agama lain. (Bila kita) bercakap begini bermakna akan memusnahkan niat persamaan (agama) dan asas kemanusiaan.

Ucapan ini sekaligus menafikan hak orang Islam untuk mendakwa agama Islam lebih baik daripada agama-agama lain. Ertinya semua agama adalah sama. Orang Islam tidak boleh mendakwa ketinggian (superiority) Islam meskipun ketinggian Islam itu dijamin oleh Allah SWT. di dalam Al Quran melalui ayat-ayatNya seperti berikut:

a) "Sesungguhnya Al-Deen di sisi Allah adalah Islam" - (Al- Baqarah)

b) "Pada hari ini telah Aku Sempurnakan agamaKU untuk kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu ke atas kamu dan telah Aku reda Islam sebagai Deen kamu - (Al Maidah 5:3)

c) "Barangsiapa yang mengambil selain Islam sebagai cara hidup nescaya Allah tidak akan sekali-kali menerima cara hidup tersebut dan di akhirat kelak mereka termasuk orang-orang yang rugi."

d) Dan Dialah (Allah) yang telah mengutus RasulNya dengan petunjuk dan agama yang sebenar untuk agama itu mengatasi agama-agama lain walaupun dibenci oleh orang-orang musyrik (Al-Saff : 9)

Yusuf Al Qardahwi di dalam bukunya 'Mawqiful Islam al-'aqdi min kufri al-yahudi wa annasara (Pendirian Islam secara aqidah berhubung kekufuran Yahudi dan Kristian )' ketika mengulas ayat Al-Saff di atas menyatakan, "wa ma'na hadza ghalabatul Islam 'ala kulli al-adyan wa minha deen ahlil kitab." (maksudnya: "makna ayat ini kelebihan Islam ke atas agama-agama lain antaranya agama ahlul kitab (Yahudi dan Nasara) ( lihat m/s 31 ).

B. Kenyataan Zaid Ibrahim

Semasa ditemuramah oleh majalah Off the Edge keluaran April 2006, Zaid telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan berikut:-

"You have in Kelantan, the ban of manora, Mak Yong and Main Puteri by people don't know what it is all about; their reasoning is totally flawed. You cannot issue fatwahs on things based on their own orthodox views to the exclusion of those who know more about culture."

"So to me this desire to dominate or impose your views is untenable, For example , when a teacher says you must wear a tudung in school, or that you cannot play a netball if your dress shows your pusat, he is putting his own judgment on a matter that belongs in the public domain."

(Terjemahan)
"Kamu ada di Kelantan, larangan ke atas Manora, Mak Yong dan Main Puteri oleh orang-orang yang tidak tahu apa-apa tentang perkara tersebut dan alasan-alasan mereka (terhadap larangan tersebut) adalah secara mutlaknya tidak betul. Kamu tidak boleh mengeluarkan fatwa terhadap sesuatu perkara berdasarkan pandangan-pandangan ortodoks dengan mengenepikan mereka yang lebih mengetahui tentang budaya."

"Jadi bagi saya hasrat untuk mendominasi dan memaksa pandangan kamu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Sebagai contoh, apabila seorang guru berkata bahawa kamu mesti memakai tudung di sekolah atau kamu tidak boleh bermain bola jaring sekiranya kamu berpakaian yang menampakkan pusat kamu, dia (guru tersebut) meletakkan pendapatnya dalam perkara yang manjadi milik masyarakat umum."
Pendapat Zaid ini selaras dengan perjuangan golongan Islam liberal yang mempromosikan apa yang dipanggil "do not legislate or police morality" (soal akhlak tidak wajar dikawal oleh undang-undang).

prinsip ini tidak mengendahkan soal halal dan haram kerana bagi golongan ini kebebasan individu adalah segala-galanya.

Prinsip ini adalah bersandarkan teori "harms to others" yang diperjuangkan oleh ahli falsafah perundangan barat yang terkenal iaitu John Stuart Mills yang menyatakan, "I am a master over my body and my mind so long I do not cause harm to others" (saya adalah tuan kepada badan dan minda saya selagi mana saya tidak mengganggu orang lain").

Mereka yang berpegang dengan prinsip ini membenarkan seseorang itu melakukan apa-apa sahaja selagi mana ia tidak mengganggu orang lain. Berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai malahan bercium di khalayak ramai adalah satu kebebasan yang perlu dihormati selagi mana ia tidak mengganggu orang lain.

C. Kenyataan Dato' Nazri Aziz
Di dalam program dialog bersama peguam yang diadakan di auditorium Majlis Peguam 22 Februari 2006 Malaysiakini melaporkan:-

"Nazri told the audience that the race in getting the votes has led the political parties such as Umno and PAS using Islam as its platform in doing things that, said Nazri , we do not believe in.

"Umno was forced to use Islam in order to garner votes and we are doing a disservice to our nation . We are led into doing something that we don’t believe."

(Terjemahan)
"Umno dipaksa menggunakan Islam bagi mendapatkan undi dan kami tidak memberi apa-apa khidmat kepada masyarakat. Kami didorong melakukan sesuatu yang kami tidak mempercayai atau beriman dengannya."

Saya telah memberikan komentar saya terhadap kenyataan Nazri tersebut seperti berikut:-

Apa yang didedahkan Nazri ini menjadi bukti yang sahih dan kuat bahawa Umno tidak dapat lagi bertahan untuk terus berpura-pura kepada rakyat negara ini tentang sikap sebenar mereka terhadap Islam.

Satu keperitan dan kesakitan yang amat sangat Nazri dan Umno rasakan apabila bersikap berpura-pura ini.

Ibaratnya kalau Umno dahulu terpaksa bertopeng bagi melindungi wajahnya yang hodoh kini topeng yang lama dan mungkin sudah busuk dan berulat itu terpaksa ditanggalkan dan kini orang telah dapat melihat wajar sebenar pemakai topeng tersebut. Amat hodoh!

Pendedahan Nazri mengajar kepada kita tentang perlunya orang Islam mengetahui dan memahami Islam dari satu segi dan permainan politik golongan sekular Islam dari satu segi yang lain bagi mendapatkan undi.

Bagi Umno dan juga mana-mana parti sekular di negara-negara umat Islam keyakinan bahawa Islam adalah satu kepercayaan yang perlu dipegang, didokong, disokong dan dilaksanakan di dalam seluruh kehidupan manusia adalah suatu yang tidak penting dalam perjuangan mereka.

Apa yang penting bagi Umno adalah untuk terus berkuasa di dalam negara ini mereka mesti juga bercakap dan bertindak seolah-olah mereka juga mahukan Islam meskipun mereka sendiri tidak mempercayai ajaran Islam itu sendiri.

D. Kenyataan Dato' Azalina Osman
Ketika soal jawab bersama para pelajar di Majlis Perasmian Minggu Mesra Siswa (MMS) di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) di Shah Alam pemimpin Umno ini telah menyatakan berkaitan hukum hudud antara lain:-
"Kalau laksana hukum hudud, ramai yang kudung tangan, bila kudung tangan susah nak beribadat, macam mana nak solat? Kalau laksana hudud, ramai orang Islam yang kudung sedangkan orang bukan Islam tak kena potong tangan. Jadi masyarakat akan lihat ramai orang Islam yang jahat. Jadi orang akan kata Islam ini jahat sedangkan orang tak lebel pun pencuri yang bukan Islam."

Kata-kata tersebut telah diberitahu kepada penulis oleh seorang pelajar UiTM yang turut hadir dan mendengar sendiri ucapan pemimpin Umno tersebut.

Jelas kata-kata Azalina tersebut lahir daripada mahkluk Allah yang jahil dan buta tentang perundangan Islam. Ia menunjukkan seolah-olah perintah Allah yang mengarahkan pemotongan tangan ke atas pencuri adalah satu lawak jenaka yang layak dipersendakan.

Jika hukuman potong tangan yang ada nasnya secara qat'ie boleh dipersendakan begitu rupa oleh pemimpin Umno apa lagi harapan yang kita boleh sandarkan pada Umno untuk mendaulatkan Islam.

E. Kenyataan Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Menteri Pelancongan, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melanjutkan operasi kelab malam, restoran dan pub sehingga pukul 5 pagi sebagai usaha menarik pelancong asing.

Dalam keadaan masyarakat muda yang hanyut dan rosak akhlak mereka oleh budaya hedonisme pemimpin Umno yang pernah memegang saham judi di Pahang ini sanggup mencadangkan idea yang busuk untuk terus-menerus menghancurkan masyarakat dan akhlak di negara ini. - mks.

masihkah korang ingat ini? jadi kita kena fikir secara waras,

parti manakah yang bertanggungjawab terhadap Islam
parti manakah yang memperalatkan Islam
parti manakah yang jujur dlm konteks menyuburkan Islam di Malaysia
parti manakah yang sensitif terhadap persekitaran Islam dlm konteks yang dibenarkan oleh syariat?

jadi, kita tidak tersalah memilih jika kita pilih sebuah parti yang berinspirasikan Islam demi kemakmuran negara dunia dan akhirat. Jika sebelum ini kita sudah tersilap, kita masih berpeluang di tahun2 yang mendatang. Ingat, kita bertanggungjawb terhadap ugama dan pemimpin yang kita pilih.

Karaoke 50 jam tanpa henti

Kementerian Pelancongan Malaysia menganjurkan Majlis Citrarasa 2007 mulai 8 Jun ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Berbagai aktiviti diaturkan termasuk persembahan kesenian, pertunjukan bunga api dan persembahan artis popular. Menganggarkan lebih 100,000 orang akan mengunjungi majlis itu, pihak penganjur turut menyediakan gerai-gerai jualan makanan.
Menurut Ketua Unit Acara Kementerian Pelancongan Malaysia, Datin Zaiton Mohd. Ali, “Kami juga merancangkan aktiviti berkaraoke selama 50 jam sepanjang tiga hari tanpa henti. Ia akan bermula pada 8 Jun pukul 3 petang dan berakhir pada 10 Jun.

“Kalau program ini berjaya dilaksanakan, ia akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai program karaoke terlama,” kata Zaiton.

Untuk itu, katanya pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan orang ramai. Mereka yang berminat menjayakan program tersebut boleh hubungi Romli Bidin di talian 017-3101288

----------

baca dan fikir fikirkanlah..

Undilah PAS
Vote for PAS

Tuesday, December 30, 2008

Emak

Emak
Matahari berbisik padaku
Emak lebih mulia darinya.!
Kerna apa tanyaku?

Jawabnya..
Kerna dia hanya menerangi dunia ini
Pada kesiangan saja
Tapi emak menerangi hidup anak²
Sepanjang masa, menembusi ruang kehidupan ini sepanjang zaman

Emak
Pepohon yang merendang berbisik padaku
Emak lebih mulia darinya.!
Kerna apa tanyaku?

Jawabnya?..
Kerna dia hanya meredupkan kehangatan
Insan yang berteduh dibawah pepohonnya
Tapi emak meredupkan kehangatan
Hidup yang penuh pancaroba
Meredakan kekusutan hati dan akal anak² yang emak kasihi

Emak
Emas dan batu permata berbisik padaku
Emak lebih mulia darinya.!
Kerna apa tanyaku?

Kerna ia hanya lambang kekayaan
lambang kemewahan
tapi emak adalah lambang kasih
lambang sayang
lambang cinta
lambang kemuliaan
lambang pengorbanan sejati anak²mu

Emak
Manis gula dan masinnya garam berbisik padaku..
Emak lebih mulia darinya..!
Kerna apa tanyaku?

Jawabnya...
Kerna dia hanya menambah nikmat sesuap makanan
dan lazat secangkir minuman
Tapi emak mampu menawarkan bisa kedukaan dan penderitaan
melazatkan keriangan dan menambah kecintaan
kepada kehidupan anak² yang emak kasihi
setiap masa dan ketika sambil bila-bila

Emak...
Angin yang bertiup berbisik padaku
Emak lebih mulia darinya!!!
Kerna apa tanyaku?

Jawabnya...
Kerna dia tidak mampu sepanjang masa bertiup perlahan
bagi menenangkan keadaan
kerna ada waktunya ia menjadi badai dan taufan
merobek kesejahteraan dan kebahagiaan insan

Tapi emak sepanjang masa meleraikan kekusutan
menenangkan jiwa anak²mu
sesepoi bahasa bayu, menyemai rasa cinta dan sayang sejati anak²mu

Emak...
mulianya dirimu....
Membenarkan kata²
syurga itu ditelapak kaki ibu...

Ada satu cerita, nak dengar tak?

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...
Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun..kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^????


Berita Gembira

Sekembali Rosyam dari sekolah... dia terus menghampiri papanya.

Rosyam : "Papa, saya ada berita gembira buat Papa!"

Papa : "Wow.. berita gembira apa tu?"

Rosyam : "Papa ingat tak wang hadiah RM 1000.00 yang Papa janjikan kalau saya lulus periksa?"

Papa : "Tentu papa ingat."

Rosyam : "Kalau begitu, Papa boleh simpan wang itu."

Polis Cerdik

Pada suatu hari, seorang penunggang (Mamat) motosikal telah ditahan polis. Dia ni kena tahan kerana tak pasang lampu waktu malam di bandar berhampiran rumah dia. Dia bagi la.. alasan.

Mamat: Apa ni? Nak pasang lampu nak buat apa?
Polis: La.. tak kan tak tau kot.Untuk keselamatan ko la.
Mamat: oitt.. sana ada lampu, sini ada lampu, situ ada lampu, mau pasang lampu lagi ka?
Polis: Kuang ajo punya budak. Jaga ko!!!

Lalu polis tu pun buang angin kat tayar motor budak tu.

Mamat: oi! oi! apa ni gilo apa. Camna aku nak balik?
Polis: La...sana ada angin, sini ada angin, situ ada angin, mau angin lagi ka?

Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow sikit....."

Ada satu cerita, nak dengar tak?

Ceritanya cam ni,

Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil
melihat keadaan keretanya yang kemek.
hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu
sempit, lampu jalan tak de pulak.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah
tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit.
Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow
sikit....."

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun
menjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".."
Bagerooo..."
sedap jer cakap babi...."

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....
Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..
Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak
manakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan
tadi.

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah...
tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe

----------------
nasib pompuan...

pagi basuh kain
tengahhari jemur kain
petang angkat kain
malam SELAK kain

Puisi suami yg minta izin poligami :


Istriku,...

jika engkau bumi, akulah matahari

aku menyinari kamu, kamu mengharapkan aku

ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang aku tetap

menyinari bumi, hingga kadang bumi pun silau lantas aku ingat satu hal

bahwa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, ada planet lain yg juga

mengharap aku sinari Jadi..

relakanlah aku menyinari planet lain, menebar sinarku menyampaikan

faedah adanya aku, karna sudah kodrati dan Tuhan pun tak marah...





Balasan Puisi sang istri ...



Suamiku,...

bila kau memang mentari, sang surya penebar cahaya aku rela kau

berikan sinarmu kepada segala planet yg pernah TUHAN ciptakan karna

mereka juga seperti aku butuh penyinaran dan akupun juga tak akan

merasa kurang dengan pencahayaanmu.


TAPIIIIIIII.. bila kau hanya sejengkal lilin yg berkekuatan 5 watt,

jangan bermimpi menyinari planet lain!!!

karna kamar kita yg kecil pun belum sanggup kau terangi bercerminlah

pd kaca di sudut kamar kita, di tengah remang-remang pencahayaanmu yg

telah aku mengerti utk tetap menguak mata, coba liat siapa dirimu...

MENTARI atau lilin ? Please deh .....

------------
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau si isteri menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut kepada suaminya.

"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kan bang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan".

Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, siisteri erkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata :) "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam".

Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang".

Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang!?"
--------

Makanan dan Hikmahnya dalam Islam

Senarai Makanan Dan Hikmahnya

Roti (khubz)

Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)

Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)

Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)

Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)

Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)

Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)

Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)

Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)

Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)

Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah

Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

Biji kopi (qahwah)

Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)

Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)

Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak
dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)

Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid
(utrujj)

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')

Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)

Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)

Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)

Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

"Endive" (hindiba)

Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba".

Fenugreek (Hulbah)

Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas". Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).

Buah Ara fig (fin)

Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)

Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan

Bawang putih (thum)

Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)

Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (henna)

Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sl)

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)

Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.